Niat Solat Lima Waktu Rumi Yang Betul

Assalamualaikum semua, saya ingin kongsikan cara Niat Solat Lima Waktu Rumi Yang Betul. Masih ramai diantara umut islam di Malaysia khususnya tidak melafazkan niat solat dengan betul walaupun dari kecil sudah diajar cara menunaikan solat serta bacaan solat dengan betul.

Tiada manusia yang sempurna atas muka bumi ini selain Para Nabi tapi kita wajib belajar untuk melafazkan lafaz solat dengan betul samaada dalam bahasa arab atau rumi. Marilah kita sama-sama memperbetulkan bacaan niat solat lima waktu yang betul agar solat kita diterima Allah S.W.T amin.

Niat Solat Lima Waktu Rumi
kredit:  Google

JANGAN LUPA BACA : Doa Qunut Rumi

Saya akan kongsikan niat bacaan solat fardhu seperti solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Lafaz niat solat 5 waktu yang betul harus dilafazkan sebelum menunaikan solat fardhu. Ini kerana niat solat fardhu wajib dilafazkan dalam sembahyang kerna ia tergolong dalam Rukun Sembahyang.

Senarai Niat Solat Fardhu 5 Waktu Rumi Yang Betul


Niat Sembahyang Fardhu Subuh

Niat Solat Lima Waktu Rumi Yang Betul
Niat Solat Subuh


Usalli fardhaz subhi raka'ataini (*) adaan lillahi ta'ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.


Niat Sembahyang Fardhu Zohor

Niat Solat Lima Waktu Rumi Yang Betul
Niat Solat Zohor
Usalli fardhaz zuhri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Sembahyang Fardhu Asar

Niat Solat Lima Waktu Rumi Yang Betul
Niat Solat Asar
Usalli fardhaz asri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Sembahyang Fardhu Maghrib

Niat Solat Lima Waktu Rumi Yang Betul
Niat Solat Maghrib
Usalli fardhaz maghribi thalatha raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Sembahyang Fardhu Isyak

Niat Solat Lima Waktu Rumi Yang Betul
Niat Solat Isyak
Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

JANGAN LUPA BACA : Doa Iftitah Rumi

Terima kasih sahabat kerna sudi mencari Niat Solat Lima Waktu Rumi Yang Betul dan sedikit Ilmu Agama dan doa untuk bekalan akhirat nanti. Semoga kita semua dimurahkan rezeki,dipermudahkan segala hal dalam kehidupan serta panjang umur supaya dapat membuat amalan untuk hari akhirat.Tidak lupa juga terima kasih kepada adibsite.com .

1 comment... add one now

Yashlee Yashlee May 15, 2019
Alhamdulilah..blog yang sangat bermanfaat kepada mereka yang ingin belajar solat.